Selasa, 18 Jun 2013

Di Ujung Mata Pena






Di Ujung Mata Pena



Mana wajahmu yang molek
mana suaramu yang mendayu
mana tintamu yang mengalir

Ataukah tak sehebat ayat-ayat cinta
tak sewangi rajutan kata-kata rindu
antara koma dan titik tak seanyaman
dan selembut alunan suara mengusik hati
lalu tubuhmu semakin hari semakin mengecil
entah esok entah lusa kau tiada bernafas lagi
lalu kau akan menghilang di dunia

Bagimana nasibmu suatu saat nanti
saat mata penamu tak bertinta lagi
dan kau terbiar dipinggiran sendirian sepi

Ah katamu, mungkin kerana aku tiada berjenama
tak perlu ruang kerana kesempitan ruang
lalu kau terbuang tak diberi peluang

Di mata pena BH dan BM kau dapat bernafas kembali
BH dan BM tiada membatasimu ruang
dan kau masih mempunyai ruang tersendiri
dan ruang kosong, kau isi ruang itu setiap hari
terlalu mahal kau rasa, meski bergelut ruang sendiri
ah katamu, itu sudah cukup untukmu merajut kata
memperjuangkan ruangmu di ujung mata pena

By: Putriizzabella
25122012
Brunei Darussalam

  AKU DAN MALAM Tak terasa malam mendekap perlahan-lahan dari tangkai kelopak mimpi yang tertinggal setelah lewat tiga musim di rongga usi...