Jumaat, 21 Disember 2012

Lambang Syi'ar Islam

            Lambang Syi'ar Islam

 

Ini rumah ibadat
jangan buat main-main
jangan pandang remeh
saudara...!
ianya sangat istimewa
amat wajar ianya dipelihara
dan dihormati agar kedudukannya
dan kesuciannya tetap terpelihara

Walau ianya hanya berstatus "Tua"
ini rumah ibadat saudara!
di sini perkembangan syi'ar dan dakwah Islam
orang lain apa tahunya
kita solat lima waktu dan solat Jumaat
selain solat Aidilfitri dan Aidiladha

Meski semakin galak harimau di luar
ingat saudara! Jangan mudah tergoda
jangan diubah atau ditukar ganti
seolah-olah masjid disetarafkan
dengan pejabat atau pusat perniagaan
bila keadaan ini berlaku
bersoraklah musuh dipelusuk penjuru
mentertawakan kejayaanya
SUBAHAANALLAH
ingat Allah tidak murka?

Di rumah ibadat inilah 
kita dengar Azan berkumandang
kita dengar bacaan ayat suci Al-Quran
solat tarawih, tadarus dibulan ramadan
Khutbah Jumaat Kuliah Subuh
fardhu ain dan kifayah
di rumah ibadat inilah 
seribu rahmat seribu nikmat
ubat segala kegundahan
pahala berlipat ganda

Sedarlah, kita selaku umat Islam
wajib memelihara dan menghormatinya
ini sudah menjadi tanggungjawab
para jemaah yang mengunjungi
agar memelihara adab-adab
yang telah ditetapkan oleh Islam

Firman Allah S.W.T. Bermaskud:

"sesungguhnya yang layak memakmurkan ( menhidupkan )
masjid-masjid Allah itu ialah mereka yang beriman kepada-Nya
dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan
tidak takut melainkan kepada Allah, ( dengan adanya sifat-sifat
yang tersebut ) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari 
golongan yang mendapat pertunjuk"

                             ( Al-Taubat: 18 )


By: Putriizzabella
14122012
Brunei Barussalam


Catatan: 

Ilham Masjid Al-Muhajirin nak dijadikan tadika (MAIS,Sarawak)@Sumber BH 14 Disember 2012 Jumaat.



Khamis, 20 Disember 2012

Kalendar Lama


 kalenderlama-11




                  Kalendar Lama



Kurenung kembali
kalender lama
kutemui perang saudara
mencatat sejarah derita lara


Lalu kusingkapi lagi
kutemukan tsunami
bukit merata tiada bersisa
langit pun murka


Lalu kupandang lagi
kutemui gempa bumi
ada jerit tangis meratap pilu        
luruhlah mimpi berair tasik


Diamku terakhir kali
menemui angin membadai
mengelek-geleklah lautan
menari-nari menganas
membuka mata alam fikir


Kalender lama terhenti
mencatat peristiwa sehari-hari
hari dan bulan yang ditunggu
tahun yang akan tiba


Kalender baru dinanti
kalender lama terhenti
bersama hari bulan yang lalu
tahun lama berlalu
bermulalah tahun baru
esok kalender baru
bermula lagi catatan sejarah


By: Putriizzabella 
28102012
Brunei Darussalam




  AKU DAN MALAM Tak terasa malam mendekap perlahan-lahan dari tangkai kelopak mimpi yang tertinggal setelah lewat tiga musim di rongga usi...