Jumaat, 30 Mac 2012

Cerpen: Bukan ku tak sayang




s

   



    SUASANA pagi masih terasa dingin. Kelihatan tompok-tompok awan hitam bermain di kaki langit. Hujan yang mula turun dari subuh baru saja reda. Di sebuah rumah banglo berwarna putih duduk satu keluarga yang cukup sederhana. Mardiah yang berada di anjung rumahnya dikejutkan oleh suara Amin yang kegirangan apabila mengetahui pemilik rumah di sebelah rumahnya tidak ada di rumah.



     “Inilah masanya untuk aku beraksi, horry… horry… aku dapat makan sepuasnya” Ujar Amin memakan buah rambuatan  Samad.



     “Aminn…! Aminnn…! Berapa kali sudah mama cakap? Jangan ambil buah rambutan Samad sebelah rumah tu…! Kalau dia tahu, mama tak akan menanggung akibat perbuatanmu itu.” Tegur Mardiah pada Amin anaknnya. Namun teguran ibunya tak dihiraukan oleh Amin.



     Mardiah yang berada di anjung rumahnya, tergesa-gesa mendapatkan Amin di bawah pohon rambutan milik Samad. Dia tahu benar dengan sikap Samad panas baran itu. Sewaktu mereka baru saja berpindah ke rumah barunya, Amin dengan tidak senghaja menjatuhkan barang kesayangan Samad yang diletakkannya di ruang bilik tamu rumahnya. Semenjak dari itulah Samad tidak menyukai kehadiran mereka, lebih-lebih lagi isterinya. Kehadiran Mardiah membuat hati isteri Samad tidak tenteram dan apa yang dibuat Mardiah  selalu saja tak kena di mata Isteri Samad.



     Amin menarik muka memandang wajah ibunya, dia tahu ibunya sangat marah dengan sikapnya yang suka  mengambil kesempatan ketika pemilik rumah tak ada di rumah.



     “Maa…! Takkan ambil setangkai dua ni pun dia marah? Kedekut betullah orang tu.” Amin melompat turun dari pohon rambutan milik Samad. Belum sempat Amin melangkahkan kakinya, samad muncul di depannya.



     “Apa kau kata? Betuah punya budak…! Ini kerja kau orang bila aku tak ada di rumah.” Tengking Samad apabila mendengar Amin bersuara dan melepaskan kemarahannya pada Amin. Daun telinga Amin dipegang ditarik bagai kerbau mahu dibawa ke sawah padi. Kali ini Mardiah tak dapat menghalang Samad memperlakukan anaknya Amin seperti itu.



     “Aduh…! Aduh…! Aduh…! Sakit… sakittttttt paaakccikk…! Lepaskan… lepaskan telinga  Amin…!” Amin menjerit bila telinganya ditarik oleh Samad dan dia sempat melepaskan gigitan pada tangan lunak Samad sebelum Samad melepasakan tangannya.



     “Bang Mad, sudahlah tu! Diakan masih budak-budak lagi. Tak baik buat dia macam tu. Tak kesiankah kat dia ni?” Tegur Mardiah mengeluh memandang Samad.



     “Eh, Amin…! Aku tanam pokok rambutan tu bukan untuk kau orang ambil sesuka hati nak panjat pokok tu dan terus makan. Kau ingat bapa kau yang tanam buah tu? Jangankan meminta izin, meminta pun kau tak pernah padaku.” Bentak Samad dengan jelingan tajam memandang Amin.



     Mardiah memandang Samad penuh berkaca. Kelopak matanya terasa hangat dan berair apa bila mendengar ucapan Samad pada anaknya Amin. “Mimpi apa aku? sehingga kehidupan aku tak pernah berubah-ubah dihina dan diperlakukan seperti ini.” Dua belas tahun yang lalu nenek Amin juga seperti ini, tak punya perasaan langsung padanya, sehingga dia sangup memisahkan ayah Amin dengannya, oleh kerana sebab menginginkan menimang cucu darinya belum terlaksanakan. Sehingga dia sangup mengata aku berbuat serong dengan lelaki lain, dan memilih calon menantu baru kesayanganya untuk ayah Amin. Aku dikata lari bersama lelaki lain sehingga ayah Amin percaya dengan kebohongan ibunya. Padahal aku telah disahkan hamil empat bulan sebelum aku dihalau keluar dari rumah oleh ibunya. Isteri mana yang tak sakit hati bila hati dan perasaan dicampakan begitu saja, dikata yang bukan-bukan lebih-lebih lagi tak ada belas kasih.” Mardiah mematikan imbauan masa silamnya apabila melihat Amin mengadu kesakitan. Air mata di pipi mengalir disapu dengan hujung lengan baju, pandangannya dilemparkan ke arah Samad yang masih berdiri di bawah pohon rambutan miliknya.



     Jelingan mata Samad masih saja mengekori kedua anak beranak pulang ke rumah, hanya berjarak sebuah rumah dari rumah Samad. Sudah lama Samad memperhatikan tingkah laku anak jiran sebelahnya ini menjadi buah mulut orang kampung, sehingga sampai ke daun telinga Mardiah. Bukan kali ini saja Amin berkelakuan seperti itu. Baginya apa yang dia lakukannya itu tidak salah malah dia lebih menyenanginya. Mardiah tidak menyangka sikap Amin membuat orang kampung marah padanya. Perbuatan Amin membuat ibunya jatuh sakit dan tertekan. Dia tidak tahu hendak meminta tolong pada siapa lagi selain Samad orang sebelah rumahnya.



     HARI terus berlalu. Jam didinding baru saja menunjukkan pukul 5.00 petang. Samad yang mengenakan baju t-shirt berseluar pendek paras lutut, ingin menghirup udara segar di sekitar halaman rumahnya terhenti di depan rumah Mardiah, hatinya tergerak untuk menjenguk Mardiah kerana sudah dua minggu dia tidak melihat Mardiah keluar dari rumah. Perasaan bersalahnya terasa tiba-tiba. Dia selalu menengking Amin di depan Mardiah dan mengata Mardiah, yang tak selayaknya diucapakan Samad pada Mardiah jiran sebelahnya.



     “Assalamualaikum, Mardiah. Ada tak kau di rumah ?” Ujar Samad menjenguk di luar jendela rumah Mardiah memberi salam.



     “Walaikumsalam ada ni ah orangnya kat rumah.” Balas Mardiah membuka daun pintu rumahnya. Wajah Mardiah jelas kelihatan sayu. Sudah dua minggu ini dia merasa kurang sihat, hendak berubat ke hospital  saja dia sudah tak larat lagi bila mengingat fitnah orang kampung padanya.



     “Diah, aku ke sini ingin meminta maaf padamu.” Samad melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi rotan di anjung rumah Mardiah. Dan kembali membuka perbulannya. “Diah, aku tahu perasaanmu. Aku selalu marah pada Amin, tapi bukan maksudku untuk menyakitkan hati kau orang anak beranak. Cubalah kau fikir betul-betul si Amin tu. Takkan kau biarkan dia macam tu sehingga dia dewasa. Tapi kali ini aku minta tolong padamu Diah, aku kesian melihat kau berkadaan seperti ini, dihina oleh orang kampung. Itu pun kalau kau mahu memaafkanku bersama isteriku. Ujar Samad memujuk Mardiah sambil merenung gambar yang tergantung di dinding rumah Mardiah, mengingatkan Samad pada masa silamnya sewaktu dulu.



     “Bang Mad…! Tak payahlah tunjuk simpati berlutu pada Diah, Diah tahu, siapa diri Diah ini. Dari awal pindah ke sini pun bang Mad dan orang kampung tak suka kat Diah ni, kerana apa? Kerana aku ni… dikata suka mengganggu rumah tangga orang, maklumlah suami tak ada, apa lagi si Amin tu. Palbagai kata-kata cemuhan, penghinaan yang aku terima dari orang kampung yang membuat fitnah bang…! Tapi aku juga manusia biasa punya perasaan seperti mereka bang…! Mereka main tuduh orang sembarangan, tak pernah usul pereksa…! Abang Mad pun sama juga seperti mereka, tak pernah percaya kata Diah mereka saja yang betul.  Mardiah bersuara rasa kesal.



     Samad terdiam sejenak mendengar kata-kata Mardiah. Selama ini dia selalu saja menyakiti perasaan Mardiah dan Amin. Semua ini kerana masalah kecil dibesar-besarkan sehingga orang kampung menyangka yang bukan-bukan terhadap Mardiah. “Hai…! kenapalah aku ke rumah Mardiah hari ini. Pasti mereka fikir yang bukan-bukan lagi ni, tentang Mardiah sudah mengganggu rumah tangga orang, apa lagi melaporkan aku ke Bahagian Penguat Kuasa Agama Hal Ehwal Syariah dan isteriku. Di sebelah sana pasti ada yang memasang telinga dan menjeling Mardiah duduk berdua bersamanya di anjung rumah. Tentu mereka menyangka Mardiah membawa lelaki masuk ke dalam rumah.” Samad menggelengkan kepala bertanya-tanya di hati.



     Mardiah menarik nafas panjang. Wajah bujur sirih bertahi lalat di pipi di pandang Samad dari luar anjung rumah, Mardiah memang orangnya cantik, kalau keluar rumah tudung di kepala tak pernah lepas di kepala, membuatkan orang kampung selalu cemburu padanya. Samad yang berada di luar anjung rumah Mardiah kelihatan gelisah ke kiri ke kanan, sekali sekala dia memandang ke luar, dia takut kalau orang kampung nampak dia di rumah Mardiah. Sedangkan isterinya baru saja berangkat ke luar negeri dalam satu rangka kerja secara tiba-tiba dan Samad tidak dapat ikut serta kerana dia ada tugas yang belum diselesaikannya.



     “Diah bukannya tak pandai mendidik anak, abangkan tahu bagaimana keadaan Diah sekarang” Balas Mardiah memandang Samad. Kelopak matanya terasa hangat dan berair.



     Mardiah tahu kenapa Amin bersikap begitu. Semenjak dia berpindah ke rumah barunya, Amin tak pernah lagi mendengar nasihatnya. Sikap Amin sama seperti ayahnya keras kepala. Mardiah tidak pernah menceritakan siapa sebenar ayahnya, kenapa dia dihalau dari rumah neneknya. Empat tahun mereka berumah tangga belum juga dikurniakan anak. mertuanya tidak punya pilihan lain selain mencari penganti buat dia untuk menyambung zuriat keturunannya.



     “Abang…  Abang sayangkan Mardiah tak?



     “Diah… Kenapa Diah cakap macam tu pada abang. Apa Diah tak percayakan abang lagikah?”



     “Bukan macam tu bang… Diah hanya bertanya pada abang, Diah takut kalau abang sudah tak sayangkan Diah lagi. Kerana Diah….” Mulutnya terasa terkuci tak dapat berkata.



     “Kerana Diah apa …?”



     “Kerana Diah tak dapat memberi keturunan pada abang…” Mardiah bersuara dalam sebabak di dada. Berat untuk diluahkannya.



     “Mardiah… Diahkan isteri abang. Abang tak pernah berfikir sejauh itu pada Diah. Sudah berapa kali abang cakap, abang sayangkan Diah.”



     Apa yang diharapkan Mardiah dan suaminya selama itu taklah berkekalan. Mardiah tak menyangka, selama ini mertua yang dia sayangi seperti ibunya sendiri membencinya kerana tak dapat memenuhi keinginan mertuanya, dia sangup lakukan apa saja demi anaknya. Aku jadi kebenciannya. Dia buat baik di depanku sewaktu anaknya ada di rumah bersamaku. Tetapi bila suami aku kerja, aku dibuat seperti orang gaji di rumah. Aku hanya mendiamkan diri tak pernah cerita apa-apa pada ayah Amin. Aku tak mahu mereka bertengkar berselisih faham disebabakan aku. Aku rela mengalah demi anak yang aku kandung dari buah cinta kami berdua. “Sayang kita tidak memiliki apa-apa lagi, tapi mama masih memilki engkau, dan engkau masih memilki mama sayang, selagi engkau masih bersama mama. Mama tak mahu kau diambil dari tangan orang lain, tidak nak… tidak. Mardiah menunduk mengosok perutnya yang baru berusia empat bulan.



  

     RUMAH dua tingkat direnung penuh sayu di hati, sebelum melangkah keluar dari rumah. “Abang… maafkan Diah, Diah terpaksa tinggalkan abang kerana semua ini kemahuan ibu abang, percayalah kata isteri abang ni, Diah tak pernah lakukan semua itu, semua itu fitnah bang… fitnah. Ibu sudah punya pilihan lain buat abang dan isteri abang ini, terpakasa keluar dari rumah. Maaf, bukan aku tak sayangkan abang, tapi demi anak kita ini.”



     “Mama… mama...” Amin bersuara. Matanya merayap memerhatikan di salah satu  sudut anjung rumahnya. Dia kenal benar dengan wajah yang dilihatnya. “Itukan pakcik Samad, buat apa dia di sini bertemu mama. Kenapa dengan mama.”



     Mardiah terkejut dari lamunan panjangnya mendengar suara Amin memanggilnya, dan mengangkat kepala, nampak butiran air mata membasahi pipinya. Luka yang dibalutnya bertahun-tahun terhiris kembali bila teringatkan Amin.



     “Mama kenapa menangis?” Hatinya bertanya-tanya. Apa yang sudah pakcik Samad buat pada mama sehingga menangis.



     "Eh, Amin... Baru pulang, kau dari mana saja Min.” Balas Samad.



     “Eh, Pakcik Mad...! Buat apa pakcik kat rumah aku ni ah? Pakcik nak apa lagi dengan mama aku ni? Apa…? Belum cukup penghinaan pakcik dengan orang kampung selama ini…!” Amin marah secara tiba-tiba bila melihat ibunya menangis.



     Samad membisu. Dia tak menyangka Amin marah besar padanya. Kerana kesilapanya dia dibenci oleh Amin. Pandangannya dilemparkan ke arah siling rumah berwarna putih susu dan kembali memandang Mardiah minta simpati.



     “Mama... Maafkan Amin. Kerana sikap Amin mama dikata oleh orang kampung tak pandai jaga anak dan dikata yang bukan-bukan. Amin tahu mama seperti apa. Apa lagi keadaan mama sekarang sakit, kerana selama ini Amin telah mengecewakan mama.” Jelas Amin pada ibunya sambil melemparkan jelingan matanya pada Samad yang duduk di anjung rumahnya.



     “Tidak nak, kau tak salah. Yang salah adalah mama. Ujar Mardiah.



     “Maksud mama? Amin terdiam sejenak mendengar Mardiah bersuara.



     “Sudahlah, mama tak mahu memperpanjangkannya.” Ucap Mardiah memandang Samad dari anjung rumahnya.



     “Diah... sebenarnya aku… aa..kuuu..” Tatapan mata Samad tak beranjak dari pandangan Mardiah membuat hatinya berdebar-debar, apa yang ingin disampaikannya terbantut bila mendengar Amin bersuara.



     “Eh pakcik...! Kalau sudah tak ada apa-apa lagi urusan, dengan senang hati saya mempersilakan pakcik sekarang keluar dari rumah ini yah… sebelum ada orang kampung nampak pakcik kat rumah aku ni, okey.”

               

     Kata-kata Amin berlegar di daun telinga Samad dan Mardiah seperti petir menyambar seisi rumah. mereka tak menyangka kata-kata itu keluar dari mulut Amin.



     “Amin...! Jangan kurang ajar sama orang tua? Mama tak pernah ajar kau cakap macam tu. Pergi minta maaf.”  Mardiah merasa malu dengan sikap Amin pada Samad.



     “Tapi mama…” Nada suara Amin kesal.



     “Jangan membantah cakap mama Amin!” Ujar Mardiah.



     Amin menundukkan kepala, akur dengan kata-kata ibunya. Dia tahu apa yang dia lakukan itu salah. Tapi oleh kerana perasaan sakit hati dipendamnya selama ini, dia melepaskan kemarahannya pada Samad.



     "Maafkan Amin pakcik.” Amin memandang wajah Samad. Kalau bukan kerana Mama aku tak akan memaafkan orang tua ini, bisik hatinya.



     Kehadiran Samad di rumah Mardiah tidak disambut baik oleh Amin. Baginya Samad adalah orang yang sangat dibencinya dalam kehidupnya apatah lagi kehadiran Samad membuat fikiran ibunya bertambah rungsing dan selalu bersedih. Amin menolehkan mukanya ke arah lelaki yang duduk di luar anjung rumahnya yang seusia ayahnya bertubuh tegap berkulit cerah, dan berlalu pergi sambil meminta maaf.



     Malam semakin larut, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12.00 pagi. Mardiah yang berada dalam bilik tidurnya mengeluh menarik nafas panjang, kerana tidak dapat melelapkan matanya apabila dia teringatkan Samad petang tadi. Hatinya cuba menyalahkan dirinya sendiri, seandainya dia menyambut baik kedatangan Samad, Amin tidakkan berkata seperti itu pada Samad. Hatinya mula terusik, angannya jauh melayang selama ini Amin membesar tanpa seorang ayah, ini sudah menjadi takdirku, tak dapat aku sesali.



     LAPAN tahun kemudian. “lagi-lagi pakcik Samad, tiap kali ada masalah selalu mama sebut nama dia, apa keistemewaan pakcik Samad di hati mama sehingga mama tidak ambil berat lagi anak mama ini. Apa mama menyukai pakcik Samad? Mama harus ingat, pakcik Samad itu bukan siapa-siapa kita. Amin tak mahu mama dekat-dekat dengan orang tuh, diakan sudah beristeri maa...! Amin takut kalau orang kampung kata mama yang bukan-bukan lagi, kerana mama… mamaa” Suara Amin terhenti rasa kesal dan mencurigai  ibunya menyukai Samad, jiran sebelah rumahnya.



     “Apa yang kau merepek ni hah Amin? Jaga mulut kau sikit...! Kalau bercakap pada orang tua.” Mardiah terkejut. Air kopi yang mahu diminumnya hampir saja tumpah dihirupnya.



     “Amin… Amin belum mengerti semua ini nak, Amin masih mentah. Amin tidak tahu perasaan mama selama ini. Mama tak pernah cerita pada Amin.” Mardiah mula bersuara.



     Amin menarik nafas dan mengeluh. Kalau dulu ibunya berkerja mengambil upah menjahit baju yang dihantar orang kampung ke rumahnya, tapi sekarang dia sudah berkerja dan dapatlah dia membantu ibunya sedikit demi sedikit untuk keperluan seharian, sudah cukup menampung hidup mereka sebulan. Amin teringat kembali Samad orang sebelah rumahnya. Dia tidak mahu ibunya bergantung pada orang itu, semenjak mereka tinggal di sini ibunya selalu minta bantuan dari Samad. Tanya Amin di hati.



     “Mama Amin pergi dulu, sudah lama Amin tak keluar cari udara segar di kampung kita ini.” Amin mengenakan baju kemeja berlengan pendek berwarna biru laut dan berseluar panjang hitam. Amin tak pernah menghiraukan orang kampung di sekelilingnya. Dia cukup masak dengan sikap orang kampung padanya.



     “Hati-hati Min bila jalan-jalan di luar sana, kau tahu benar dengan sikap orang kampung pada kita.”Ujar Mardiah mengingatkan Amin pada orang kampung.



     “Baik Maa.” Kata Amin.



     Silang beberapa minit, Mardiah menerima telefon dari seseorang. Suara yang selama ini dirinduinya seakan berbisik di daun telinganya. Dia tidak menyangka orang ini akan menemuinya kembali di kediamannya, Mardiah tidak membantah dan menyambut baik kedatangan orang ini selaku tamunya. Mardiah merasa gembira, hatinya mula berbunga-bunga menyambut kedatangan tamunya. Baju putih berjalur warna hijau muda dikenakan di tubuh tak lupa juga tudung di kepala paras dada dipakai. teh hangat kuih dadar siap terhidang di ruang meja anjung rumahnya.



     “Assalamualaikum… Mardiah.” Mahukah dia menemuiku lagi, setelah apa yang terjadi antara aku dan dia selama ini.” Tanya di hatinya.



     “Walaikumsalam… Masuklah. Orang yang ditunggu akhirnya tiba juga. Rasa berdebar mengoncang dadanya. Inilah kali pertama dia duduk minum bersama lagi.



     Mardiah menuju ke anjung rumah dan dibuntuti oleh tamunya dari belakang. Cuaca di luar nampak tenang. Angin pagi yang menari-nari dihelaian daun-daun menambahkan lagi suasana pagi terasa indah. Mardiah mengambil tempat duduk di anjung rumahnya dan diikuti oleh tamunya duduk tidak jauh di sebelahnya, sambil menikmati minuman pagi.



     “Mardiah… boleh aku tanya sesuatu darimu.” Cawan yang berisi air teh hangat di minum perlahan, dan diletakkan kembali di atas meja. Wajah Mardiah yang ayu dipandang.



     “Ada apa sebenarnya kau nak temui aku dan kau nak tanya apa sebenarnya?”



     “Diah… Mahukah kau memaafkanku. Selama ini aku… aaakuu..?” Suaranya terhenti.



     “Aku apa?” Sudahlah…  Aku tak mahu dengar lagi penjelasan darimu.” Ujar Mardiah.



     "Diah dengar dulu penjelasanku. Aku tahu, aku salah menilaimu selama ini. Tapi berilah aku peluang sekali lagi atas kesilapanku ini.”



     “Tapi kenapa baru sekarang… kenapa…? Kenapa bukan dulu…!” Kelopak matanya terasa hangat dan berair.  Apa yang selama ini dilaluinya terasa pedih ditanggunya sendiri.



     “Diah, setahun yang lalu, sebelum ibu menghembuskan nafas terakhirnya dia sempat berpesan padaku untuk mencarimu dan ingin meminta maaf, dia telah ceritakan yang sebenarnya padaku. Ibu merasa bersalah padamu Diah, sehingga dia jatuh sakit. Dan maaf, baru kali ini aku ada kesempatan bertemu denganmu dan tak pernah ceritakan padamu, kerana aku terlalu mementingkan diriku sendiri. Aku baru menyedarinya, selama ini orang yang menyayangiku ada disisiku.” Suasana menjadi hening seketika. Pandangannya terpaku di sebuah gambar yang tergantung di dinding rumah Mardiah.



     “Semuanya sudah berlalu bang… Diah sudah memaafkan ibu, semenjak ibu memintaku keluar dari rumah.” Mardiah melemparkan pandangannya ke sebuah bangku tua. Air mata yang membasahi di pipi di sapu dengan tisu muka di tangan.



     “Dan satu yang ingin aku tanya, anak siapa sebenarnya dalam gambar itu?” Menunjukkan ke arah gambar yang tergantung di dinding rumah Mardiah.



     “Dia adalah dari buah cinta kita. Dan maaf,  aku tak sempat memberitahu abang waktu itu, kerana ibu telah memaksaku keluar dari rumah. Selama ini aku merahsiakannya dari abang.” Sejenak, Mardiah bertatapan  mata, lidahnya menjadi kelu seketika.



     “Jadi… sseeelamaaa iiini…” Matanya membulat, dia merasa terkejut dan kecewa, kerana tidak usul pereksa, apatah lagi di saat itu isterinya sedang hamil di halau keluar dari rumah. Air mukanya berubah, manik-manik jernih di kelopak matanya berjatuhan di pipinya. Dia baru menyedari selama ini dia dan Mardiah mempunyai anak. Dia amat menyesali apa yang telah terjadi, dan tak menyangka Mardiah masih setia padanya.



     Matahari baru naik meninggi, sisa air teh dicawan dihiup kembali dan di makan bersama kuih dadar. Hampir satu jam mereka berbual-bual dalam hitam putih kehidupan mereka. Mardiah yang asyik berbual-bual tiba-tiba dikejutkan bunyi telefon bimbit yang di letakannya di atas meja, Mardiah merasa terkejut menerima panggilan telefon dari orang kampung. Amin dikatakan membuat masalah lagi bersama orang kampung.



     “Eh, ada apa suara riuh-riuh kat luar tu, dan sambil memanggil-manggil nama kita?” Mereka tercengang, salah mereka apa  diminta keluar dari rumah.



      “Mardiah keluar…!!! sebelum kami masuk ke dalam rumah tu! Kami tahu apa yang kau buat kat dalam tu, jangan nak bersembunyi. Jelas orang kampung Marah pada Mardiah.



     Mardiah bukan main terkejut mendengar suara orang kampung memintanya keluar. Dadanya merasa berdebar-debar menghadapi orang kampung, baru sebentar tadi dia menerima telefon dari orang kampung masalah Amin, ini pula dirinya di ugut orang-orang kampung.



     “Mardiah keluaaaarrrrrrr….!! Sebelum aku pecahkan pintu ini, jangan nak sorokkan orang kat rumah tu. Kita orang semua sudah tahu apa yang kamu lakukan di sana selama ini. Ujar seseorang yang naik berang, dan beberapa orang melempari batu-batu kecil ke rumah Mardiah sehingga cermin jendela ada yang pecah kerana merasa tak puas hati dengan sikap Mardiah selama ini.



     “Bang..! Diah takut, mereka nak apa dengan kita ni. Aku tak mahu mereka lakukan apa-apa pada kita. Bagaimana dengan Amin, Amin bang… Amin anak kita masih bersama orang kampung, aku takut mereka mengapa-ngapakan Amin di sana.” Mardiah berjalan ke kiri ke kanan, mengaru-garu kepalanya yang tak gatal. Fikirannya menjadi buntu memikirkan Amin dan amukkan orang kampung padannya.



    “Bersabarlah Diah. Semoga saja dia tidak ada apa-apa.” Jelasnya sambil mengeluh memandang Mardiah yang dilanda gelisah.



     Mardiah melangkah kemuka pintu, perlahan pintu terkuak melebar, Dia yang baru berada di depan pintu terkena lemparan batu dari amukkan orang kampung.



     “Aduh sakit…! Kamu nak apa sebenarnya dari aku hah…?” Mardiah terkejut, dan memandang orang kampung. Lemparan batu mengena pada bahu kirinya yang dirasakannya sakit.



     “Ini dia orangnya tuan. Dia telah berbuat yang tidak baik di kampung ini bersama seseorang lelaki. Selama ini dia membuat masalah di dalam kampung ini, tangkap mereka berdua.” Jelas orang kampung melaporkan dia ke Jabatan Hal Ehwal Syariah.



     Mardiah terkejut memandang orang kampung yang telah melaporkan dia ke Bahagian Penguat Kuasa Agama Hal Ehwal Syariah. Dia tidak menyangka orang kampung sanggup memfitnahnya.



     “Semua itu tidak benar...!! apa yang mereka katakan. Dia sebenarnya adalah isteri saya, yang telah lama menghilang, dan maaf kerana membuat kau orang semua merasa terganggu kehadiran kami berdua di sini.” Dengan nada suara yang lantang dia mengakui Mardiah adalah isterinya pada orang kampung. Dengan serta merta dia mengenggam erat kedua tangan Mardiah dan menciumnya. Mardiah terpaku, air matanya berlinagan di pipi mendengar pengakuan itu.



    “Itu semua bohong…! Mereka bohong tuan…! Mereka cuma nak mengelakkan diri, dari Penguat Kuasa Agama  agar mereka tidak didakwa.” Ujar salah seorang.



     “Ini buktinya, kalau kau orang tidak percaya… lihat ini..! Sudah puas… puasssssss? Apa yang kau orang inginkan selama ini.” Kesabaran mereka tercabar oleh orang kampung. Mereka tidak ada cara lain selain menunjukkan bukti mereka adalah sebenarnya suami isteri yang sah.



     Orang kampung merasa malu, selama ini mereka bertindak membabi buta, tidak usul pereksa perkara yang sebenarnya. Mardiah berlari masuk ke dalam rumah, dia tak sanggup menghadapi penghinaan orang kampung padanya. Matanya masih saja merah berair.



     Bunyi siren kenderaan polis pacuan empat roda kian menghampir halaman rumah Mardiah. Dan beberapa buah yang lainnya menuju ke arah sebuah lokasi. Orang kampung mula berdatangan mengrumuni rumah Mardiah dan ingin melihat apa yang sebenarnya berlaku. Di sebuah jalan kecil, orang kampung melihat Amin berada di salah sebuah kenderaan Pasukan Polis Kampung Tanjung Rambutan menuju ke rumahnya. Mereka percaya, Amin telah ditangkap oleh pihak pasukan polis selama ini membuat masalah di dalam kampung mereka.



     Di tengah kesibukkan orang ramai dan pasukan polis, beberapa orang kelihatan melarikan diri apa bila melihat sepasukan polis berhenti di halaman rumah Mardiah.



     “Selamat pagi Inspektor Amin. Beberapa suspek yang dipercayai melarikan diri sudah dapat ditangkap, berikutan bantuan pasukan yang lain berada di sebuah lokasi tempat persembunyian mereka.” Jelas salah satu anggota yang bertugas, memberikan butir-butir nama orang yang dikehendaki.



     “Menurut siasatan yang dijalankan inilah orang yang kita kehendak selama ini.” Ujar Amin pada anak buahnya, menunjukan jarinya pada beberpa orang yang baru saja melarikan diri setelah dia sampai di halaman rumahnya.



     Mereka baru menyedari Amin yang mereka sangka selama ini membuat masalah di kampungnya adalah seorang anggota polis berpangkat inspector, dan menyamar untuk mengelabui mata orang kampung dalam operasi penagkapan secara bebesar-besaran. Amin yang baru saja sampai di halaman rumahnya tercengang melihat rumahnya menjadi kemarahan warga setempat. Kaca cermin jendela sana sini bertaburan di atas lantai, pandangan matanya tertumpu pada pintu rumahnya terbuka melebar.   Amin bergegas masuk ke dalam rumah mancari ibunya apa yang sebenarnya terjadi.



     “Mama... mama… Ini Amin.” Langkahnya terhenti apabila mendengar esak tangis ibunya di ruang anjung rumahnya bersama seorang lelaki di sisinya.



     “Maa… Maafkan Amin, kerana terlambat sampai membantu mama dari amukkan orang kampung.” Ujar Amin menuju ke arah ibunya dalam tertanya-tanya di hati. “Siapa sebenarnya lelaki yang duduk bersama ibunya, mengenakan baju kemeja berwarna unggu mengenakan seluar panjang hitam.” Hatinya tertarik ingin tahu bersuara di hati.



     Mendengar suara Amin, ibunya terus mendapatkannya dan memeluknya. “Amin kau tak apa-apa? Mama ada menerima telefon dari orang kampung, betulkah apa yang mereka kata?” Nada suara Mardiah cemas.



     “Maa… Amin baik-baik saja cuba lihat ni...! Sebenarnya yang buat masalah itu bukan Amin, tapi orang kampung di sekitar kita inilah yang sebenarnya. Mereka tidak mahu rahasia mereka terbongkar dan diadukan pada pihak polis, apa yang mereka lakukan selama ini. Selama ini Amin sudah lama menjejaki mereka sejak kita mula berpindah ke kampung ini dan selama itu juga Amin membantu pihak polis dalam secara diam-diam agar tidak dihidu oleh mereka. Amin sekarang sudah menjadi anggota polis, dengan senang Amin dapat mematahkan satu sindiket penyeludupan manusia dan penjualan syabu yang terbesar, dapat dirampas dari sebuah rumah kosong ekoran rompakan pagi tadi.” Ujar Amin cuba menenangkan hati ibunya, seukir senyum nampak di bibirnya.



     Selama ini dia tidak menyangka orang kampung menaruh kebencian padanya dan Amin kerana ditakuti aktiviti yang mereka jalankan diketahui. Mardiah merasa bangga mempunyai anak seperti Amin dapat menumpaskan satu sindiket penjualan syabu yang terbesar di Kampung Tanjung Rambutan.



     “Mama… Siapa lelaki yang duduk bersama mamah tu? Selama ini Amin tak pernah lihat mama duduk berdua bersama lelaki.”



     “Amin, duduklah dulu. Dia sebenarnya…”



     "Dia siapa mama? Kenapa mama terlalu berat menjawab pertanyaan Amin…?” Amin merasa tak puas hati, lalu menghampir lelaki separuh usia Mamanya, namun langkahnya terhenti bila ibunya bersuara.



     “Dia adalah ayahmu.” Mardiah melangkah perlahan ke arah Amin. Mahu saja dia menerangkan keadaan yang sebenar. Tapi untuk apa semua itu mahukah Amin menerimanya. Bertanya di hati.



     “Ayah…? Setahu aku ayah sudah meninggal mama kata, selepas aku dilahirkan. Aku diserahkan kepada mama, betulkan apa yang mama ceritakan, semasa aku masih kecil lagi ?” Amin masih tidak percaya kata Mardiah, selama ini dia tahu ayahnya sudah tiada.



     Mardiah mengambil kesempatan ini untuk menceritakan pada Amin. Dia tidak mahu dihantui perasaan bersalah terus menerus. Sudah tiba saatnya dia memberitahunya.



     “Tidak nak… Ayahmu sebenarnya masih hidup. Dialah ayahmu. Maafkan mama, kerana merahsiakan semua ini, kerana mama terpaksa.” Mardiah tidak mampu menahan air matanya mengalir di pipi. Amin terpaku mendengar jawapan ibunya, selama ini dia menyangka ayahnya betul-betul telah tiada.



     “Amin… Benar.  Inilah ayahmu, yang selama ini kau sangka telah tiada. Ayah minta maaf, kerana sejak kau lahir, kau tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya dari ayah. Dia tidak tahu apakah Amin mahu menerima atau pun tidak, yang jelas dia sudah memberitahu yang sebenarnya.



     Langkah Amin perlahan menuju arah suara yang didengarnya. Berulang kali dia ingin melihat wajah itu namun tetap saja terlindung dari bayang sinar pagi. Tapi kali ini wajah itu dapat diamatinya dengan jelas sekali di bawah sinar bayang.



      “Paakk..cciikkk Saaammad…?” Amin terkejut duduk memaku.



      “Tidak… tidakkkk... tidak... Aku tidak percaya dia ayahku. Katakan mama dia bukan ayahku… bukaannnnn!  Ayahku sudah meninggal mama... !”



     “Tapi ini kenyataan, Amin. Ini betul-betul ayah. Selama ini ayah silap dan tidak mahu mendengar penjelasan dari ibumu sehingga ibumu diusir oleh nenekmu. Ayah hampir putus asa mencari ibumu.  Namun Allah telah menemukan kita di sini dan selama ini ayah berusaha mendapatkan hati ibumu kembali agar dapat berkumpul semula. Maafkan ayah nak, selama ini ayah tidak tahu kalau kau adalah anak ayah yang sebenarnya.” Dia cuba meluahkan perasaannya pada Amin, perasaan rindu mula terbit di hatinya untuk memeluk Amin, tapi itu hanya mimpi di rasakannya.



     “Inikah ayah yang selalu kupandang? tiap kali bertemu bermasam muka bertengkar, tidak kira waktu dan tempat. Tidak…! Aku tidak punya ayah, ayah tak pernah sayangkan aku, apa lagi dengan mama. Tiap kali ku memandang mama hati ini terasa sedih, melihat mama sering menangis difitnah orang kampung, kerana apa? kerana semua ini adalah salah ayah.” Amin tidak menyangka selama ini jiran sebelah rumahnya itu adalah ayahnya sendiri. Tapi kenapa mama tak pernah cerita padanya. Amin membuang pandangannya jauh ke luar jendela. Matanya terpaku memandang pohon rambutan tidak jauh dari rumahnya. Dia masih ingat wajah bengis ayahnya menari-nari di matanya, sedikit pun tak ada belah kasih padanya.



     “Lihat di sana, di bawah pohon rambutan itu pasti ayah masih ingatkan… Di sanalah ayah menanam benci padaku dan di sanalah ayah telah mengajarku rasa benci pada ayah.  Ayah terlalu mementingkan diri sendiri tak punya perasaan. Di mata ayah, Amin dan mama tidak ada ertinya.”  Fikirannya melayang, terbayang kebengisan ayahnya hanya kerana memakan buah rambutan dia naik marah.



     "Amin... Berhak marah sama ayah, kerana ayah selama ini telah mengabaikan tanggung jawab seorang ayah dan juga seorang suami, tapi bukan ayah tak sayangkan Amin dan ibumu. Kerana ayah tidak tahu ibumu telah difitnah sewaktu ketika dulu. Ayah menyesal nak, ayah baru menyedari setahun yang lalu sebelum nenekmu menghembuskan nafas terakhirnya.”



     “Hentikan…! Aku tak mahu dengar semua itu lagi, cukup...! cukup....! ayahhh...!!” Air matanya menitis di pipi tak dapat dibendungnya, matanya merayap memerhatikan keadaan di dalam rumah. Suasana menjadi hening seketika, angin sepoi-sepoi terasa menyusuk tubuhnya. Mardiah diam membatu mendengar Amin bertengkar bersama Samad.



     Amin menarik kerusi di hadapanya dan memandang Mardiah mengusap air mata. Terlihat kesedihan dari wajahnya.



     “Amin sudahlah tu. Tak baik cakap macam tu, apa pun dia adalah ayahmu. Maafkanlah dia nak.” Lembut suara Mardiah memujuk Amin.



     Samad dan Amin diam tidak membuka percakapan. Di luar orang kampung sudah mula beransur-ansur pulang. “ Mama, aaayah… Maaf, Amin harus ke balai membuat laporan berikuatan hasil rampasan syabu hari ini dan beberapa pasukan polis telah menahan suspek untuk sisatan lanjut dalam serbuan di sebuah rumah kosong kira-kira pukul 10.00 pagi tadi. Sementara barang bukti semua sudah dirampas.



     "Kita pergi sekarang.” Jelas Amin pada anak buahnya.



     "Baik inspektor Amin.”



     “Mama Amin pergi dulu, assalamualaikum.” Mata Amin berkaca-kaca memandang wajah ayahnya dengan tenang mengatur langkah keluar dari rumah.



     "Walaikumsalam.”



    ENAM bulan kemudian suasana Kampung Tanjung Rambutan baru nampak tenang, setelah Amin dapat menumpaskan kejahatan di Kampungnya. Maridah yang duduk di bangku tua termenung seketika, memandang Amin mengemaskan barang-barang keperluan yang hendak mereka bawa, setelah selesai sisasatan dijalankan oleh pihak polis, berikutan penangkapan orang yang dikehendaki di Kampungnya, Amin dan ibunya berhasrat untuk mengerjakan Umrah. Baru kali ini hatinya merasa senang. Selama ini orang yang selalu menganggu mereka telah pun ditangkap oleh pihak  polis.



     “Assalamualaikum… Amin, Mardiah.”



     “Amin, cuba lihat siapa yang memberi salam kat luar tuh.” Jelas Mardiah memandang Amin baru keluar dari biliknya.



     “Walaikumsalam.” Mata Amin membulat memandang susuk tubuh berdiri di depannya. Perlahan dia mengalihakan wajahnya ke arah ibunya dalam keluhan. Hatinya bertanya. Masihkah dia menyangi Mama setelah sekian lama dia melantarkan mama dan aku. Tapi untuk apa dia menemui mama lagi? Amin berlalu pergi dia tidak mahu mencampuri urusan ibunya bersama ayahnya.



     "Oh abang, masuklah.”



     “Diah nak ke mana ni, bersiap-siap bersama Amin?” Suaranya kedengran lirih. Bola matanya kelihatan merah dan mula digenangi air jernih. Kalau ikutkan hati mahu saja aku menghalang mereka pergi.



     “Aku dan Amin nak mengerjakan Umrah, selesai Umrah nanti Amin akan memulakan kerjanya di luar negeri, mungkin kami tak akan balik ke sini lagi. Balas Mardiah menarik nafas  dan dilepaskan perlahan.



     “Mardiah… Betulkah ni yang Diah katakan…? Tapi kenapa dengan tiba-tiba Diah meninggalkan abang?” Samad terkejut. Langit yang di pandangnya cerah seakan hilang sinar dalam desiran angin bertiup lembut seakan menghambat tubuhnya.



    Udara di luar terasa dingin, hujan mula turun renyai-renyai. Anak jendela yang terbuka di ruang bilik tamu tiba-tiba berdentum dihempas angin. Mardiah dan Samad terkejut bila daun jendela dihempas angin dan berpandangan sesame sendiri.



     “Bang… maafkan aku. Mungkin kita tak dapat seperti dulu lagi. Jagalah isteri abang tu. Berilah dia kasih sayang yang sepenuhnya dari abang. Diah tidak mahu kehadiran Diah nanti rumah tangga abang  menjadi hancur.”



      “Kenapa? Diah... Dengar sini dulu. Abang tak pernah menceraikan kau. Kau masih isteri abang yang sah, kenapa jadi macam ni? Selama ini aku ingin mencuba menebus kesalahanku dan ingin berbaik-baik semula denganmu tapi...” Suaranya terhenti. Samad mengeluarkan beberapa keping kertas dalam sampul surat di tangannya.



     “Diah… Ini wasiat mama. Dia minta aku menyampaikan ini padamu, separuh dari saham di syarikat itu adalah milikmu, dan sebahagian dari hartanya telah diserahkan atas namamu. Aku tidak berhak memilikinya. Mama lakukan semua ini kerana dia sangat menyangimu. Dia tahu apa yang dilakukannya dulu adalah salah, maafkan ibu Mardiah.” Samad diam. susana di ruang bilik tamu sunyi seketika. Dia tidak tahu hendak berkata apa lagi, yang jelas dia sudah menyampaikan hasrat ibunya.



     “Maafkan aku bang… Aku tidak dapat menerima pemberian mama. Aku lebih suka hidup sederhana seperti sekarang ini. Berikanlah pada yang sangat memerlukannya, sedekahkan pada anak-anak yatim dan saham yang aku miliki itu, aku serahkan pada abang untuk menguruskannya. Kalau abang mahu, abang ambil saja pemberian mama tu.” Seukir senyum manis diraut wajahnya. Dia bukanlah orang yang tamakkan harta, dia lebih rela harta kekayaan itu diberikan pada orang yang lebih memerlukannya dan membuatkan hatinya senang. Senyum di bibr Mardiah terus hilang, bila memandang Amin keluar dari biliknya membawa beberapa beg pakian yang sudah siap untuk di masukkan kedalam kereta.



     “Mama sudah siap belum, nanti kita terlambat pula sampai ke Airport.” Jelas Amin menyeret beberapa beg yang dibawanya, terus memasukkan kedalam kereta.



     “Mardiah… Amin. Apa kamu ingin meneruskannya juga dan tak akan pulang lagi? Terus bagaimana dengan aku, apa kau mahu meninggalkanku, setelah aku bersusah payah memperbaiki hubungan kita selama ini.” Samad mendengus kesal.  Anak dan isterinya tetap memilih tinggal di luar negeri.



     “Ayahkan masih punya Mama Halimah, sebelum Amin bersama mama berpindah ke sini pun, ayah tetap bahagia bersamanya. walau aku sama mama pergi sekarang. Biarkanlah aku bersama mama pergi ayah. Ayah tak perlu risaukan mama, pandailah aku menjaga mama.” Amin melirik jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi dan kembali melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah mencari ibunya.



     “Amin tunggu...! Apa kau masih marah sama ayah? Dan tak mahu memaafkan ayah nak..” Dengan pantas Samad menghalang jalan Amin. Matanya terasa hangat dan berair. Kedua anak matanya menumpu dalam tatapan mata Amin.



     "Jangan halangi jalan Amin  ayah..!  Amin nak cepat ni, nanti ketinggalan pesawat pula.” Amin tak menghiraukan kata-kata ayahnya dan berlalu pergi mencari ibunya di ruang bilik tamu.



     Samad menolehkan mukanya ke arah Mardiah yang baru saja keluar dari muka pintu. Sampul surat di tangan masih digenggam erat. Samad tak dapat merubah keputusan anak dan isterinya yang akan pergi meninggalkannya. Samad mengatur langkah dan memberikan sampul surat yang ada di tangannya pada Mardiah. Namun disambut tawar oleh Mardiah. Dia tidak mahu menerima pemberian mertuanya apatah lagi saham yang dia miliki itu.



     “Bang…  kan Diah sudah cakap, Diah tak mahu semua itu. Abang ambil saja semua itu…!”



     "Diah…! Kenapa Diah cakap macam tu sama abang? Apa ddiiia..aah tak sayangkan abang lagikah?...”



     “Bukan aku tak sayangkan abang… Tapi, abang pasti mengerti kenapa Amin dan aku pergi disaat ini, aku dan Amin ingin mendekatkan diri pada pada Yang Maha KUASA, dengan niat suciku ini, aku ingin memenuhi jiwa ini dalam kasih-Nya agar aku dapat mengubati hati ini. Suatu saat nanti kami akan pulang menemui abang bila hati ini sudah terbuka untuk abang.” Jelas Mardiah membetulkan  tudung di kepala ditiup angin.



     “Amin...! Amin...! Ya Allah… budak ni...!! tidur pula dia…!! kita sudah lama menunggu dia, dia pula tidur nyenyak.  Amin…  Amin…  bangun oii.. Oh, kau nak tidur ya…!"



     “Aduh… aduh.. aaduuuh sakittttttttt…!! Lepaskan... lepaskan telinga Amin maaa…! mama….!” Amin terjaga dari tidurnya dan terpinga-pinga. Matanya membulat memandang susuk tubuh berdiri di depannya seperti harimau nak memakan mangsa dengan senyum tawar di bibir. Dia baru menyedari, dia tertidur sejak dari tadi.



     “Mama…! Kau ingat aku ni mama engkau...??? Ini cikgu Fauziah. Dengar sini...! Siapa yang tidur sewaktu saya sedang mengajar, akan saya denda berlari 200 km dalam 30 pusingan. Ingat...!! tidak ada yang tidur.“ Balas cikgu Fauziah dengan suara yang lantang mengingatkan pada anak-anak muridnya. Suasana menjadi riuh dengan ketawa murid-murid dalam satu kelas.



     Jamali Amin merasa malu diketawakan oleh teman-teman satu kelasnya, sewaktu gilirannya diminta membaca petikan cerpen dalam buku dia tertidur. Semenjak dari kejadian itu, Amin tidak lagi tidur dalam kelas sewaktu cikgu mengajar.





Karya: Putriizzabella@Shaz

Brunei Darussalam

28 January 2012

  AKU DAN MALAM Tak terasa malam mendekap perlahan-lahan dari tangkai kelopak mimpi yang tertinggal setelah lewat tiga musim di rongga usi...