Rabu, 30 Mei 2012

Alpakah aku?



Alpakah aku?
hanya kerana sekeping hati
yang kutanai kujaga
agar tidak merkah meretak
kugenggam erat
kusimpan di riba jiwa ini
kerana cinta dan kasih sayang-Nya
hanya kerana bukan milikku
kesedaran diri dalam jiwa 
kutanam kasih-Nya
merimbun memutih suci

Alpakah aku?
mata menatap dalam sudut hati
memamah rasa tanpa merenung
dalam cinta kasih-Nya
kau simpan rasa itu bukan milikku
dan bukan milikmu jua
tanpa menatap dalam renungan kasih-Nya

Kau petik buah surga-Nya
dengan rasa manis madu-Nya
kau hias dengan wangian surga-Nya
tanpa menatap merenung-Nya
kau terkapar bergelut dalam sukma

Sedangkan aku berlari dalam titian-Nya
mencari sisa-sisa titipan kasih-Nya
meraba dalam luka duka
di bawah lindungan-Nya
 membalut cinta kasih-Nya
 dari mata lidah hati

Alpakah aku?
dengan kedua tangan ini
menyentuh angan merobek 
titipan kasih di jalan-Nya 
kerana cinta-Nya
kuberpaut di mahligai-Nya
dalam sendu kubersujud
pasrah pada-Mu
sekeping hati Kau titipkan padaku
bukanlah milikku melainakan kasih sayang-Mu

By: Shaz
13 December 2010
Brunei Darussalam

Jumaat, 4 Mei 2012

Alpa



















Jika semua ini sudah tiada,
dalam lima waktu
janji apa yang kau berikan?
hanya ada sehelai kain putih
tanah memerah membasah
tawaumu menjadi batu nisan hati

Lalu apa yang dapat kau banggakan sekarang?
semalam kau canai rindu siluman ilalang
setia mengulum kata bermadu
dalam alpa, kau julang megah diri menongkat langit

Di pentas, janji menjadi debu
apa yang ada
kealpaan
kehampaan
laungan suara mengelegar bisu
tanpa jawab
gigil tubuh kaku
terputuslah benang ikatan
tanpa sujud pada-Nya
alpa dengan sebening kasih pada-Nya
selangkah kau diusung
di pembaringan menemui-Nya
tidak ada yang terlepas dari-Nya
tidak kenal usia ataupun masa
hanya kematian menjemput

By: Shaz
12 Ogos 2010
Brunei Darussalam

  AKU DAN MALAM Tak terasa malam mendekap perlahan-lahan dari tangkai kelopak mimpi yang tertinggal setelah lewat tiga musim di rongga usi...